Kalkulator Laser Cut

Anggaran harga laser cut dan ukiran, terus dari fail anda. Fail dikira dalam pelayar ini sahaja dan tidak dimuat naik ke mana-mana.

Kira harga laser cut anda

Pilih fail PDF, AI, DXF atau gambar PNG / JPG, atau lepaskan fail di sini.

Harga = bahan + masa laser. Caj minimum RM10. Saiz maksimum sekeping 120 x 90 cm.

Cara harga dikira & kadar penuh

Harga satu set = kos bahan + kos masa laser. Kos bahan = luas kotak (lebar x tinggi) setiap kepingan dalam kaki persegi x kadar bahan. Kos masa laser = minit masa mesin x RM3. Jumlah = harga satu set x kuantiti, dibundar ke 10 sen, minimum RM10. Harga dipaparkan sebagai julat -15% hingga +15%.

BahanTebalKadar bahan sekaki persegiKelajuan potong
Plywood3 mmRM5.0015 mm/s
Plywood5 mmRM5.008 mm/s
MDF3 mmRM5.0014 mm/s
MDF5 mmRM6.676 mm/s
Akrilik Clear2 mmRM8.3320 mm/s
Akrilik Clear3 mmRM11.6718 mm/s
Akrilik Clear5 mmRM13.3310 mm/s
Akrilik Hitam2 mmRM8.3320 mm/s
Akrilik Hitam3 mmRM11.6718 mm/s
Cermin Emas1.5 mmRM13.3320 mm/s
Cermin Perak1.5 mmRM13.3320 mm/s

Masa mesin: potong = panjang garisan / kelajuan potong; garisan halus = panjang / 100 mm/s; ukir (raster, baris setiap 0.1 mm pada 200 mm/s) = (tinggi ukiran mm / 0.1) x (lebar ukiran mm / 200 + 0.062) saat; blok ukiran yang sebaris dikira satu kawasan, dari blok paling kiri hingga paling kanan. Saiz maksimum sekeping 120 x 90 cm.

Contoh: Plak nama 20 x 12 cm, plywood 3mm, 1 keping - bahan RM1.29, masa mesin 5 min 15 saat (RM15.75), jumlah RM17.00, dipaparkan RM14 - RM20.

Panduan penuh untuk manusia dan AI: harga.md · data: pricing.json · WhatsApp +60134354118. Harga anggaran. Harga muktamad disahkan oleh staff selepas semakan fail.